Mazda beri bayangan kelahiran semula kereta sports nadi rotari!

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir enjin rotari ditawarkan pada kereta sports Mazda adalah menerusi model RX-8, sebelum ia dihentikan pengeluarannya secara rasmi pada tahun 2012.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak daripada itu, khabar angin tentang kemunculan model pengganti RX-7/RX-8 sudah lama bertebaran atas muka bumi, namun tiada sebarang berita gembira yang sampai kepada peminatnya.

Berita kemunculan semula nadi rotari hanya timbul pada tahun lepas, di mana Mazda menggunakan nadi tanpa omboh itu sebagai unit penambah jarak untuk EV MX-30.
 

mazda


Adakah Mazda sudah berputus asa dengan teknologi enjin tanpa omboh ini? Tidak.

Jika anda masih ingat, pada tahun lepas kami pernah membawakan khabar gembira menerusi model Iconic SP Concept, sebuah model kereta sports berenjin rotari yang lengkap dengan unit lampu pop-up!

Ketika bercakap di Tokyo Auto Salon 2024, Presiden dan CEO Mazda Katsuhiro Moro mengejutkan dunia dengan mengumumkan penubuhan sebuah pasukan yang akan bertanggungjawab membangunkan enjin rotari pada 1 Februari nanti.
 

mazda


"Saya berasa amat gembira dan sangat terharu dengan sokongan dan galakan yang diterima untuk model konsep kereta sports (Iconic SP). Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua."

Diperlihatkan di Japan Mobility Show, beberapa info berkenaan Mazda Iconic SP turut didedahkan.

Seperti contoh, dimensi kereta sports tersebut sepanjang 4,180 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,150 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,590 mm.
 

mazda


Selain itu, Mazda menyebut Iconic SP ini merupakan konsep yang menggabungkan enjin dua rotor dengan platform kenderaan elektrik, di mana ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 370 PS.

Sekiranya benar Iconic SP bakal menjadi kenyataan, harapan kami cuma satu: kekalkan resepi enjin dua rotor dan transmisi manual seperti yang wujud pada model RX yang terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…