Kerajaan Pahang lulus garis panduan tempat pengecasan EV

oleh HEZERI SAMSURI|

Kerajaan negeri Pahang telah meluluskan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPPEVCB) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Garis Panduan itu disediakan sebagai panduan seragam kepada semua pihak yang berminat untuk membina petak pengecasan EV yang selamat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan berkata setakat Disember 2023, ada 55 stesen pengecasan EV di seluruh negeri Pahang (Kuantan, Bentong dan Cameron Highlands).

Beliau berharapan bahawa pembinaan pengecas EV akan mampu menarik kemasukan pelancong dan pemilik kereta EV ke negeri Pahang.

Wan Rosdy juga berkata pengumuman Garis Panduan ini selari dengan laporan Low Carbon Mobility Blueprint 2021-2030 yang menetapkan sasaran pembinaan 10,000 stesen pengecasan EV di seluruh negara menjelang 2025.

* Laporan asal di PahangMedia.my

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Justeru, katanya, pengguna jalan raya dinasihati mematuhi peraturan dan meningkatkan tahap…
Berita Domestik
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosy Wan Ismail berkata, beberapa perkara perlu diteliti terlebih…
Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…