Kerajaan pertimbang wujudkan lemon law - laporan

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mewujudkan 'lemon law', lapor FMT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata demikian ketika mengulas desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk memperkenalkan lemon law bagi melindungi pengguna daripada kenderaan rosak.

Beliau menambah, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang diguna pakai Malaysia turut melindungi pengguna daripada kenderaan rosak.

"Akta itu melindungi pengguna berkait kenderaan rosak dalam beberapa cara, walaupun ia bukan secara jelas ‘lemon law’ dan tidak menawarkan remedi khusus seperti pembelian semula kereta untuk kerosakan tidak boleh dibaiki.

“Ia menyediakan pelbagai peruntukan yang boleh digunakan untuk menangani masalah kenderaan rosak.”

Di luar negara, Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina merupakan antara negara yang mengguna pakai undang-undang seperti itu.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Maaflah sebab Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Perdana Menteri kita masih tiada lagi perkataan khusus…
Berita Domestik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata undang-undang sebegitu akan memberi…
Berita Domestik
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Lemon Law bukan suatu akta baharu dan telah…