Kerajaan teliti kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap dua dos vaksin

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan sedang meneliti kelonggaran yang akan diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin, termasuk kebenaran untuk merentas negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara.

Jawatankuasa ini akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain, selain akan menentukan kebebasan yang akan dibenarkan kepada individu yang sudah lengkap divaksinasi.

"Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control (and Prevention) telah mengeluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi seperti membuka pelitup muka," katanya.

Selain daripada itu, individu yang sudah lengkap dos vaksin COVID-19 akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang akan berperanan sebagai pasport vaksin.

"Apabila profil MySejahtera berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap, dan kita akan guna QR Code tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi untuk melakukan perkara yang sebelumn ini tidak dapat dilaksanakan," tambahnya lagi.

Menurut KJ lagi, kerajaan juga sedang berunding dengan negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi, dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengulangi ingatan agar rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan.

Berita penuh di Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di kedua-dua negara.   "Kami…
Berita Global
  Peraturan itu juga disifatkan paling ketat pernah dilaksanakan susulan program vaksinasi Covid-…
Informasi
  Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara…