Kerajaan UK beri GBP3,000 geran untuk kenderaan elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Meminta pengguna kenderaan dengan teknologi bahan bakar bertukar kepada elektrik bukan tugas mudah. Banyak aspek perlu diberi perhatian seperti harga dan infrastruktur untuk pengecasan. 

Bagaimanapun, kaedah paling ampuh ialah dengan memberikan potongan cukai atau geran.

Negara kita pada satu ketika pernah mengecualikan cukai untuk kenderaan hibrid dan elektrik seterusnya berjaya meningkatkan penerimaan pengguna terhadap kenderaan seperti itu.

Di United Kingdom, sempena belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Mac kerajaan di sana telah meneruskan program galakan istimewa buat pengguna yang mahu dapatkan kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MG ZS EV

 

Kerajaan UK mengesahkan sambungan Geran Kereta Plug-In (elektrik) bagi tempoh 2022 hingga 2023 dengan memperuntukkan GBP403 juta (RM2.154 bilion).

Turut diperuntukkan ialah GBP129.5 juta (RM692.25 bilion) bagi meneruskan Geran Van Plug-In termasuk teksi dan motosikal.

Sebelum diteruskan, geran tersebut berada dalam ketidaktentuan namun akhirnya kerajaan akur pada pelobi industri dan memperakui bahawa pasaran untuk kenderaan emisi sangat rendah (ULEV) masih lagi kecil.

Berdasarkan Belanjawan 2020, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Kenderaan Emisi Rendah (OLEV) UK mengeluarkan satu nota bagi menjelaskan perihal geran yang diperuntukkan.

Geran untuk Kereta Plug-In sifar emisi dipotong dari GBP3,500 kepada GBP3,000 (RM16,036).

 

MG ZS EV

 

Walaupun dipotong, jumlah GBP3,000 masih besar dan sebagai reaksi Renault akan menawarkan tambahan GBP500 untuk ZOE elektrik yang ditempah sebelum 31 Mac 2020.

Turut memberikan insentif tambahan GBP500 ialah MG melalui model ZS EV sehingga 31 Mac 2020.

Sebagai rujukan harga Renault ZOE selepas geran, insentif dan diskaun ialah GBP24,670 (RM131,875) manakala MG ZS EV pula GBP22,495 (RM120,248).

Geran Kereta dan Van Plug-In menawarkan amaun maksimum sehingga GBP3,000 untuk kereta emisi sifar dan GBP8,000 daripada harga van plug-in. Van saiz besar dan trak pula ditawarkan sehingga GBP20,000.

Geran untuk kereta pada asalnya akan tamat pada penghujung Mac dan untuk van pula tiada tarikh luput.

Trend pemotongan ini bagaimanapun bukan kali pertama. Pada Oktober 2018, geran berjumlah GBP4,500 dipotong kepada GBP3,500 dengan kenderaan plug-in hibrid (PHEV) dikeluarkan dari senarai layak terima.

 

Renault ZOE

 

Bagi van plug-in pula, untuk menikmati geran yang disediakan, kadar emisi COharus kurang dari 75g/km dan boleh dipandu sekurang-kurangnya 16km dalam mod elektrik dan bebas emisi CO2. 

Satu lagi perkara menarik ialah kerajaan UK telah lama menawarkan insentif dalam bentuk geran dengan kereta diperkenalkan pada 2011 dan van pada tahun berikutnya.

Sewaktu mula diperkenalkan kerajaan UK menawarkan nilai geran GBP5,000 untuk kesemua kenderaan emisi sangat rendah (ULEV) yang layak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…