Kereta Google Maps sesat dalam kebun tebu! (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah kereta Google Maps tersesat di sebuah kebun tebu di Malang, Jawa Timur selepas mengikuti arahan pada aplikasi pemetaan tersebut, menurut video viral dari negara seberang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta Honda HR-V yang mempunyai kamera pada bahagian atas bumbung itu melalui jalan mati tersebut selepas gagal berpatah balik akibat permukaan jalan yang licin selepas hujan.

Menyedari kenderaannya menghadapi masalah, pemandu berkenaan meminta tolong penduduk setempat sebelum mereka membantunya menggerakkan kereta itu sejauh 400 meter menggunakan tali.

“Pada awalnya, penduduk tidak mengetahui bahawa kereta Google Maps masuk ke kawasan itu kerana sekiranya kami tahu, pasti kami memaklumkan bahawa  ia  jalan mati,” kata seorang penduduk, Amin.

Menurut Amin, jalan ke kebun tebu itu sememangnya muncul pada Google Maps, namun ia sebenarnya jalan mati.

Tambahnya, itu bukan kejadian pertama kenderaan tersesat masuk ke dalam kebun tersebut kerana pada tahun lalu, terdapat sebuah kereta lain nyaris  melalui jalan sama.

Insiden itu menjadi perhatian pengguna media sosial yang menyuarakan rasa lucu apabila ia disifatkan seperti ‘senjata makan tuan’.

Kereta Google Maps dikenali ramai kerana ia mempunyai kamera besar pada atas bumbung dan berfungsi merakam gambar di sekelilingnya ketika bergerak di jalan-jalan raya untuk pemetaan Street View.

Video di bawah:

 

TribunJatim

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…