Kereta kabel yang menghubungkan Tasik Maggiore di Stresa dan Gunung Mottarone itu terjatuh berhampiran sebatang tiang, berhampiran puncak gunung.
Difahamkan, terdapat 11 orang mangsa yang berada di dalam kereta kabel tersebut yang mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 40 orang.
Buat masa ini, pasukan bomba dan penyelamat gunung sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, operasi tersebut berdepan kesukaran kerana kereta kabel itu terjatuh ke kawasan hutan yang sukar diakses.
Lokasi pelancongan tersebut menawarkan titik panorama menakjubkan pada ketinggian 1,500 meter di atas paras laut dan menjadi tumpuan pelancong ketika musim panas dan sejuk. – Agensi