Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2.8 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Ulu Tiram, Johor pada 29 Januari lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua rokok itu dibalut dengan plastik hitam yang disembunyi dalam beberapa bilik khas di gudang terbabit.
Jelasnya, hasil maklumat dan intipan yang dilakukan juga berjaya mengesan sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera berwarna putih yang dipercayai diseludup dari negara jiran melibatkan cukai berjumlah RM286,000.
"Mereka bertindak menutup kenderaan mewah itu dengan kain dan diletakkan di sebuah kediaman berpagar di Jasin bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Namun pemilik kereta terbabit tidak dapat dikesan di kediaman berkenaan dan kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya lagi.