Kereta nasional ketiga sasar jualan 3,000 unit sebulan

oleh SALINA JALIL|
DreamEDGE Sdn Bhd yang menerajui pembangunan dan pengeluaran projek kereta nasional baharu menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 3,000 unit sebulan dalam tahun pertama pengeluarannya.


Syarikat itu yang mendapat sokongan Daihatsu Motor Company sebagai rakan teknologi mengesahkan bahawa model yang akan dihasilkan adalah kereta sedan segmen B yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman atau hibrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami difahamkan bahawa konsep rekabentuk dan pembangunan kereta akan dilaksanakan oleh DreamEDGE, manakala Daihatsu akan membantu dari segi pembangunan enjin dan platform kereta,” kata Affin Hwang Investment Bank dalam satu nota penyelidikan.

 

DreamEDGE yang berpangkalan di Cyberjaya adalah syarikat penyelidikan dan pembangunan tempatan yang dipilih untuk membangunkan kereta nasional ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Projek kereta nasional ketiga juga disasarkan dapat menembusi pasaran ASEAN dan menempatkan sebuah syarikat automotif Malaysia di persada dunia.

 

Affin Hwang berkata, penganalisis menjangkakan kos pelaburan awal bagi membangun dan menghasilkan kereta nasional baharu itu memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta, tetapi penubuhan rangkaian pengedar dan kos penyediaan berkaitan pengeluaran mungkin boleh mencecah sehingga RM1 bilion.

 

Katanya, dalam pertemuan dengan pihak terbabit, DreamEDGE mendedahkan bahawa prototaip kereta nasional ketiga itu di landasan untuk dilancarkan menjelang pertengahan 2020, dengan pengeluaran penuh dijangka berlaku pada separuh pertama tahun 2022.

 

 

Ini bermakna satu tahun lagi telah ditambah pada tempoh masa projek yang mana unjuran awal yang dinyatakan pada pengumuman projek itu pada bulan Ogos lalu, mengatakan bahawa prototaip model pertama kereta nasional baharu itu akan dipertontonkan pada bulan Mac 2020, dengan produk akhir ditetapkan untuk membuat penampilan ke pasaran pada bulan Mac 2021.

 

Kereta itu dijangka menampilkan teknologi seperti sambungan dan sistem bantuan pemandu termaju yang akan dibina oleh pengeluar kontrak, dengan khabar angin mengatakan ia bakal diberikan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), rakan kongsi Daihatsu.

 

Affin Hwang berkata, bagaimanapun DreamEGDE menegaskan kereta itu bukan sebuah model Daihatsu yang diberi logo lain.

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Tambahnya lagi, projek yang dikendalikan oleh syarikat DreamEdge itu tidak akan dihentikan…