Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada 10.04 pagi sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api marak memusnahkan sebuah kereta di kawasan lapang berhampiran kampung terbabit.
"Selepas api berjaya dipadamkan dalam tempoh sejam, kami menemukan mayat seorang individu yang belum dapat dikenal pasti rentung," katanya dalam kenyataannya, pada Rabu.
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.