Pemandu BMW rentung dalam kemalangan empat kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), arah Pasir Gudang Menghala ke Bakar Batu, awal pagi hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

 

Katanya, mangsa yang rentung sebanyak 90 peratus, tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

 

"Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.

 

"Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…
Berita Domestik
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung…
Berita Domestik
  "Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima…