Kereta terbang mirip filem 'Back to the Future' dibuka untuk tempahan!

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah syarikat teknologi di California, Alef Aeronautics (AA) baharu menerima pensijilan kelayakan udara khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk menggunakan kereta terbang prototaip elektriknya.

Penerimaan kelayakan tersebut sekali gus membolehkan kereta dua tempat duduk itu boleh menjalani ujian di darat dan udara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

aleff

 

Model A didatangkan dengan kuasa elektrik atau hidrogen dan kelajuan boleh mencecah 321kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 117 km/j di udara dengan caj penuh.

Menurut AA, kereta itu mempunyai rekaan kabin berputar yang membenarkan ia bergerak ke mana-mana arah sambil memastikan pemandu dan penumpang stabil sepanjang perjalanan.

Setakat ini, syarikat itu hanya membuka tempahan Model A dengan harga bermula AS$300,000 (RM1.3 juta) walaupun mereka sudah menerima permintaan sejak ia diperkenalkan pada Oktober 2022.

Katanya, selepas menerima pensijilan daripada FAA, Model A akan mula dikeluarkan pada suku keempat 2025, dengan produk siap dihantar kepada pembeli tidak lama kemudian. 

aleff 2

 

aleff 3

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…