Satria melayang, terbang atas bukit?

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari video tular
Pengguna yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkejut apabila melihat sebuah kereta tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad.

Menerusi perkongsian video oleh @siva_ang_soon281926 di Facebook, kereta jenis Proton Satria berwarna biru itu dipercayai terbabas dan memasuki semak berhampiran lebuh raya tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan kenderaan itu yang berada di atas bukit di tepi lebuh raya.

Berdasarkan rakaman itu, tiada mangsa yang kelihatan berdekatan lokasi kejadian, namun tidak dapat dipastikan sama ada terselamat atau sebaliknya.

Hantaran itu video itu turut menarik orang ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Menerusi perkongsian TikTok @utusantvoffical, Satria itu bukanlah ‘terbang’ seperti diperkatakan oleh orang ramai.

Sebaliknya pemandu terbabas ke bahu jalan, sebelum mendaki bukit melalui laluan yang ada bersebelahan papan tanda tepi lebuh raya itu.

Ada netizen mendakwa kemungkinan pemandu micro sleep sehingga menyebabkan beliau terbabas.

Pun begitu, netizen bersyukur kerana kemalangan itu tidak melibatkan pengguna jalan raya lain.

Dalam satu video lain, sebuah kren digunakan untuk mengangkat turun kereta daripada bukit tersebut.

Video di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal…
Berita Global
Sudah pasti kita akan merasa bangga apabila kereta ini mendapat tempat di hati masyarakat…
Berita Domestik
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata operasi berkenaan dijalankan…