Kes kecurian penukar bermangkin di UK makin menjadi-jadi!

oleh Mohamad Hanif|
Jika di Malaysia kita sering kali mendengar kes kecurian berkaitan dengan angkup brek motosikal/superbike, lain pula halnya di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut agensi The Automobile Association (AA), terdapat peningkatan kes kecurian penukar bermangkin (catalytic converter) semenjak awal tahun ini. 

Bermula dari Januari 2019, AA telah menerima lapan tuntutan insurans akibat kecurian penukar bermangkin ini, dan membimbangkan apabila angka tersebut meningkat dari bulan ke bulan. 

Sehingga Oktober 2019, terdapat 79 laporan direkodkan oleh agensi tersebut. 

Punca sebenar kenaikan kes kecurian ini masih belum diketahui, namun menurut Auto Express, terdapat sesetengah pengedar kenderaan tidak menerima stok penukar bermangkin ini akibat masalah rantaian bekalan.

Oleh sebab itu, terdapat peningkatan permintaan untuk mendapatkan komponen tersebut menerusi pasaran gelap. 

 


Secara asasnya, ia bukanlah punca utama kecurian komponen ini, akan tetapi ia kebiasaannya dicuri disebabkan terdapat beberapa material berharga yang terkandung, termasuklah palladium, rhodium dan juga platinum

Kebanyakan mangsa kecurian juga terpaksa menanggung bil pembaikan yang tinggi, bukan sahaja terpaksa membayar ratusan pound untuk menggantikan komponen tersebut, malah mereka juga terpaksa berjaga-jaga akibat kerosakan kenderaan disebabkan pemotongan wayar elektrik ketika proses kecurian tersebut. 

Ini bermakna, kos pembaikan akibat kes ini ada ketikanya mampu mencecah sehingga £3,000 (RM16 ribu)!

Para pemandu yang tidak mempunyai garaj berkunci dinasihatkan supaya memarkir kenderaan mereka di tempat yang terbuka, selain memposisikan bahagian ekzos rapat kepada dinding atau pagar bagi mengelakkan kecurian komponen tersebut. 

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini menyebabkan Toyota bekerjasama dengan syarikat MillerCAT untuk menawarkan perisai penukar…
Berita Global
Untuk memudahkan kerja, ada di antara mereka yang lebih gemar memilih waktu yang bersesuaian dan…
Informasi
Ia mampu membaca kandungan oksiden, sebelu menghantar data tersebut kembali  ke unit kawalan enjin…