Rakaman CCTV kesan geng pencuri catalytic converter pakai Lamborghini Urus

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kecurian komponen ekzos yang digelar penukar bermangkin (catalytic converter) semakin menjadi-jadi sebabkan kandungan yang sangat bernilai tinggi terutama di pasaran gelap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memudahkan kerja, ada di antara mereka yang lebih gemar memilih waktu yang bersesuaian dan memandu kenderaan biasa yang tidak menarik perhatian.

Namun tidak bagi sekumpulan pencuri di Torrance, California.

Rakaman kamera CCVT yang dimuatnaik memaparkan sekumpulan empat orang suspek menaiki sebuah Lamborghini Urus berwarna kuning dengan rim hitam sebelum berhenti di tepi sebuah van putih.

 


Kejadian tersebut berlaku pada 9 November 2022 sekitar jam 4 pagi di 184th Street, blok 3800 Torrance, California.

Sayang sekali, rakaman CCTV tersebut gagal untuk menangkap nombor pendaftaran Urus yang digunakan suspek.

Di Amerika Syarikat, Department of Justice telah berjaya menghentikan sindiket kecurian penukar bermangkin melibatkan 21 orang suspek dari lima buah negeri.

Sepanjang tahun lalu, terdapat kira-kira 1,600 kes kecurian telah dilaporkan di California setiap bulan, merangkumi 37 peratus daripada jumlah kes kecurian komponen penukar bermangkin di seluruh negara.

Sumber: Twitter Torrance PD

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…
Berita Domestik
  Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW…
Berita Global
Menurut laporan daripada CNN Indonesia, Ketua Sub-Direktorat STNK Korps Lalu Lintas Kepolisian…