Justeru, tertuduh gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.