Kes Vellfire klon, Mahkamah Tinggi putuskan JPJ cuai

oleh Mohamad Hanif|
Mahkamah Tinggi minggu lalu menyampaikan keputusan penting selepas mendapati Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cukai kerana tidak mengemaskini rekod pendaftaran kenderaan yang tepat, lapor Free Malaysia Today.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan kerajaan persekutuan selepas jabatan tersebut menyita kenderaan jenis Toyota Vellfire 2013, 10 bulan selepas beliau membelinya.

Menurut JPJ, MPV tersebut dipercayai kenderaan klon berdasarkan nombor casis dan enjin yang telah diubah.

Mahkamah telah mengarahkan Dr. Hema Thiyagu diberikan ganti rugi bernilai RM139,000 - harga pembelian kenderaan tersebut -  dan RM10,000 sebagai kos setelah mendapati JPJ telah melanggar kewajipan berkanunnya.

Hema, 33 tahun, mendakwa pihak JPJ gagal menjelaskan kenapa jabatan itu tidak mengesan sebarang perubahan sewaktu beliau mendaftarkan kenderaan tersebut.

Peguamnya, K Simon Murali berhujah JPJ cuai kerana membenarkan nombor casis dan enjin kenderaan itu didaftarkan atas kenderaan lain.

Berdasarkan kronologi, kenderaan yang dicuri itu didaftarkan di Ipoh dengan nombor casis dan enjin daripada kenderaan lain yang didaftarkan di Johor, sebelum ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi daripada JPJ, tiada bukti pemilik asal Vellfire hadir semasa pemindahan hak milik di Ipoh, walaupun terdapat keperluan undang-undang.

Sejak daripada itu, kenderaan yang dicuri itu telah bertukar tangan beberapa kali sebelum ia dibeli secara tidak sengaja oleh anak guamnya.
 

vellfire


Sementara itu, JPJ dalam pembelaan menjelaskan kereta Hema telah diklon dan dilaporkan dicuri di Labu, Negeri Sembilan pada tahun 2019.

MPV yang didaftarkan di Johor itu telah dimiliki oleh syarikat insurans berikutan kemalangan pada tahun 2018, sebelum dilelong pada tahun berikutnya.

Seorang pembeli seterusnya didapati gagal untuk menukar pemilikan disebabkan oleh kenderaan tersebut 'sudah didaftarkan', menurut JPJ.

JPJ menjelaskan, ia bukanlah tanggungjawab jabatan itu untuk memeriksa kenderaan sebelum mendaftarkannya, kerana ia terletak di bawah tanggungjawab Puspakom.

Tambahnya, proses pendaftaran tersebut adalah berdasarkan dokumen yang diperlukan sahaja, dan disebabkan itu JPJ tidak diwajibkan secara sah untuk memberitahu Hema kenapa kenderaan beliau disita.
 

vellfire


Dalam penghakimannya, Hakim Anand Ponnudurai berkata ketua pengarah JPJ mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan daftar kenderaan yang tepat, khususnya untuk kenderaan yang dikategorikan sebagai klon.

"JPJ telah mempunyai bukti seawal 6 Disember 2019, lapan bulan sebelum Hema membeli kenderaan tersebut, mencadangkan bahawa Vellfire itu telah diklon tapi tiada sebarang tindakan dibuat.

Di dalam kes Hema, pemilik Vellfire tersebut tidak sedar telah membeli sebuah kenderaan klon, dan disebabkan oleh terdapat beberapa pemilik terdahulu, ia tidak menimbulkan sebarang syak wasangka.

Hakim telah menganugerahkan Hema RM139,000 sebagai ganti rugi, dan RM10,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan yang telah dinamakan sebagai defendan ketiga.

Berita asal: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…