Kia Picanto - 19 tahun di UK, 250 ribu unit, kini kereta petrol termurah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Picanto GT-Line 2022 UK
Kia Picanto GT-Line 2022 UK
Ketika Naza Kia ligat berniaga, pengguna tempatan menikmati pelbagai model antarabangsa seperti Sportage, Picanto, Forte dan sebagainya.

Dari sejumlah penawaran tersebut, Picanto diantara model yang dijenamakan semula dan diberi nama Naza Suria.

Picanto adalah sebuah kereta bandar yang ringkas dan boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk jenama tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa.

Buktinya ialah, pada Mei 2023 Picanto memasuki usia 19 tahun di United Kingdom (UK) dengan jualan mencecah 250,000 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Picanto generasi pertama hingga ketiga

 

Picanto yang berada dalam segmen A digemari pengguna UK dan sekarang ini model petrol baharu paling murah di pasaran dengan harga 13,665 pound (RM80,965).

Ada lagi yang lebih murah iaitu quadricycle elektrik Citroen Ami pada harga pound (RM47,958) dan semestinya berlainan segmen.

Picanto generasi pertama

Model ini dijual di UK pada 25 Mei 2004 yang juga ulang tahun ke-60 penubuhan syarikat Korea itu.

Sejak dari awal lagi, Picanto berjaya menarik perhatian dengan harga yang berdaya saing.

Kia Picanto Zipp 2006

Taktikal Kia ialah sebuah kereta dengan pakej yang bagus dan boleh dilihat di pasaran tempatan.

Pada 2007 Kia memperkenalkan model rupa baharu ringkas dengan lampu depan dan gugusan lampu belakang, set bampar dan gril baharu.

Bahagian dalam tidak banyak berubah kecuali tuil lampu isyarat dipindah dari kanan ke kiri. 

Picanto generasi pertama direhatkan pada 2011 dengan jualan sebanyak 83,935 unit. 

 

Kia Picanto 2008

 

Satu yang perlu diketahui ialah Picanto menjadi pilihan pengguna untuk menukar beli sempena program kereta skrap di UK pada 2009.

Program itu menjadi detik penting buat Kia dalam memperkenal jenamanya kepada pelanggan.

Picanto generasi kedua

Model generasi kedua diperkenalkan di Pameran Kenderaan Geneva 2011 dan mula dijual di UK pada 17 Jun 2011.

Gaya bahasa comel ditinggalkan dan tampil dengan gril hidung harimau yang baru diperkenalkan.

 

Kia Picanto 2011

 

Terima kasih kepada Peter Schreyer dan pihak pengurusan yang merekrut beliau! Impaknya dirasa hingga sekarang.

Picanto juga menerima enjin Kappa generasi baharu dan reka bentuk menawan sahaja tidak cukup.

Kia membangunkannya dari asas untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan mempertingkatkan kecekapan keseluruhan.

Ciri dalaman dan pakej keselamatan juga lebih baik dan Kia turut menawarkan model tiga pintu.

 

Kia Picanto 2011

 

Selain itu, Picanto turut menerima beberapa anugerah permotoran dan menambat hati penerbitan di UK dengan harga permulaan yang rendah dan pakej ditawarkan.

Pada April 2015, model rupa baharu ringkas diperkenalkan dengan lebih banyak perkakasan asas selain 11 varian bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Picanto generasi kedua mengulangi kejayaan dengan jualan sebanyak 82,407 unit.

Kia Picanto 3 door 2011

 

Picanto generasi ketiga

Model generasi ketiga mula dijual pada 1 Mei 2017 dan pada waktu itu Kia sudah pun menjadi pemain utama di UK.

Nampak sama tetapi berbeza. Kia memaklumkan Picanto generasi ketiga model kereta kecil yang paling canggih, sempurna dan sporti pernah dihasilkannya.

Kia juga memperkenalkan varian GT-Line buat kali pertama dan tampil dengan bampar depan, gril dan ekzos lebih sporti selain riasan merah.

 

Kia Picanto GT-Line 2017

 

Enjin 1.0 liter turbo menghasilkan 99 bhp dan dengan transmisi manual enam kelajuan menjadikannya pilihan popular di kalangan pengguna UK.

Picanto GT-Line pasaran tempatan juga hebat dengan cermin suria.

Pada 2020 model rupa baharu ringkas diperkenalkan dan model generasi ketiga membantu Kia meluaskan pegangannya dalam segmen A.

Kia Picanto 2020 UK

Sejak permulaan 2023, Picanto secara konsisten menduduki tangga atas segmen A.

Setakat ini, Picanto berada di tangga kedua terlaris dalam segmen A dan model terlaris dalam pasaran runcit.

Maklum balas yang bagus turut melonjakkan Picanto dan sehingga kini telah terjual sebanyak 84,762 unit.

 

Kia Picanto GT Line 2023

 

Secara keseluruhannya Kia berjaya menjual 251,104 unit Picanto di UK dan satu pencapaian bagus. 

Unit ke-250 ribu adalah sebuah Picanto '2' dalam warna Silver Frost dengan enjin 1.0 liter tiga silinder dan tiga pedal. Hidup manual!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Picanto generasi pertama hingga ketiga

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar yang dibocorkan oleh Autospy, Kia Picanto 2024 kini membawakan rekaan jeriji…
Berita Global
  Sekumpulan orang awam yang merangkumi enam orang dewasa telah dilihat cuba mengejar Kia Picanto…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…