Menurut laporan mereka, Naza Kia Malaysia telah menghentikan penjualan Kia Picanto dan yang terbaharu adalah jualan Kia Sportage dan Kia Sorento yang akan dihentikan di Malaysia juga.
Walaubagaimana pun, anda masih boleh membeli Kia Sorento yang baharu tetapi ia hanya merangkumi varian enjin 2.2 liter TCI Diesel. Tetapi selepas habis stok ini, Naza Kia Malaysia tidak akan mengimport lagi unit yang baharu.
Untuk makluman, Naza Kia Malaysia telah memperkenalkan versi terkini Sportage dan Sorento pada 2019.
Kedua-dua model ini datang dengan dua varian dengan pelbagai kemasan terkini seperti sistem infotainment yang lebih menarik dan penambahan ciri-ciri keselamatan baharu seperti Amaran Pelanggaran Titik-Buta (Blind-Spot Collision Warning) dan Amaran Lalu Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert).
Tindakan Naza Kia Malaysia ini kelihatan seperti mereka merancang untuk menumpukan usaha mereka ke atas Kia Seltos, SUV yang digembar-gemburkan akan memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun ini.
Pada pendapat Careta sendiri, kebarangkalian terdapat satu sebab sekiranya kedua-dua model ini tidak lagi akan dibawa masuk ke sini:-
- Naza Kia Malaysia ingin 'merahsiakan' rancangan mereka untuk membawa masuk model Sorento dan Sportage yang lebih baharu dari Korea.
Sumber: WapCar