Kilang pemasangan Porsche CKD di Kulim bakal beroperasi 2022

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada projek bersama Shell bagi membangunkan jaringan fasiliti pengecasan berprestasi tinggi merentas sempadan yang pertama di rantau Asia, Porsche juga akan memulakan operasi kilang pemasangan kenderaan di Kulim, Kedah pada tahun hadapan (2022) menerusi kerjasama dengan Sime Darby Berhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada perancangan Porsche untuk memperkukuhkan lagi kehadiran jenama itu di pasaran Asia Tenggara, selain mewujudkan pusat R&D di pasaran terbesar Porsche - China.

Kilang pemasangan yang pertama diwujudkan di luar Jerman itu merupakan fasiliti berskala kecil yang akan memasang model-model kenderaan spesifik yang hanya akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia sahaja.

Menurut  Albrecht Reimold, Ahli Lembaga Eksekutif Pengeluaran dan Logistik di Porsche menjelaskan, "kami amat bertuah kerana dengan perancangan yang berhati-hati, kilang pemasangan sedia ada lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan dan permintaan global semasa dan masa akan datang.

"Namun, fasiliti pemasangan baharu di Malaysia ini akan memenuhi keperluan spesifik pasaran tersebut, dan walaupun ia merupakan projek standalone dan pada skala yang kecil, ia melambangkan kesediaan kami untuk belajar dan menyesuaikan diri terhadap pasaran tempatan.
 

Porsche


Dalam tempoh 10 tahun, Porsche telah menikmati kerjasama rapat dengan Sime Darby Berhad sebagai pengimport dan pengedar eksklusif jenama kereta sports itu.

Kerjasama yang diiringi dengan pertumbuhan pengkalan peminat Porsche yang berdedikasi dan semakin berkembang itu membuahkan hasil yang memberangsangkan, dan ia diterjemahkan kepada peningkatan pengedaran kenderaan sebanyak 9 peratus pada tahun 2022, meskipun dalam keadaan yang serba mencabar.

Detlev von Platen, Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche berkata, "Malaysia serta seluruh ASEAN merupakan rantau yang memiliki potensi yang hebat, dan kami amat menantikan model pertama pemasangan tempatan yang bakal ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia tahun hadapan.

"Dalam peralihan kepada era baharu mobiliti, Malaysia dan rantau ASEAN menjadi lokasi yang sangat penting. Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka panjang bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran yang berkembang pesat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…