King jatuh tangga ketiga!

oleh Firdaus Razani|
Kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah, tapi nampaknya nasib ‘King’ Myvi tidak begitu baik untuk merampas kembali takhta king tersebut apabila dipintas satu lagi ‘adik-beradiknya’, Perodua Axia.

Beberapa tempoh lalu, Perodua Myvi telah jatuh ketangga kedua apabila Perodua Bezza merampas kedudukan nombor satu dengan mengikut jumlah unit yang didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun kali ini, mengikut data yang dikongsi melalui laman data.gov.my , data yang dikumpul sehingga 15 Mei 2024, Perodua Myvi hanya mencatat 23,273 unit yang didaftarkan di JPJ.

Manakala Perodua Bezza masih kekal kedudukan teratas dengan jumlah unit yang didaftarkan sebanyak 31,117 unit dan Perodua Axia yang merampas kedudukan Myvi mencatat sebanyak 30,101 unit.

Walaubagaimanapun, Perodua berjaya mendominasi carta apabila model Alza dan Ativa berjaya menduduki tempat kelima dan keenam dan hanya satu sahaja model Proton berada dalam carta iaitu Proton Saga dikedudukan keempat.

Secara keseluruhan mengikut jenama kereta, Perodua masih kekal nombor satu jauh meninggalkan untuk jumlah keseluruhan unit kereta, dengan sebanyak 112,843 unit yang didaftarkan.

Manakala Proton berada di tempat kedua dengan jumlah keseluruhan sebanyak 49,340 unit sahaja, dan diikuti jenama dari Jepun, iaitu Toyota berada ditempat ketiga diikuti jenama Honda dan Mazda.

Ini menunjukkan jenama nasional masih kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan tawaran seperti jimat minyak, praktikal, dan harga mampu milik menjadi ‘keypoint’ penting.

data

SUMBER: Data.gov.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…