KL bakal dilengkapi 2,062 CCTV

oleh SALINA JALIL|
Polis Kuala Lumpur menyasar memasang 2,062 kamera litar tertutup (CCTV), khususnya di kawasan berisiko berlaku kejadian jenayah pada tahun ini.


Bandar raya ini kini mempunyai 309 CCTV yang berfungsi bagi pencegahan jenayah, selain membantu polis menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan dengan lebih mudah dan pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata rancangan menambah 1,753 peralatan itu sudah dikemukakan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai inisiatif menjadikan bandar raya ini sebagai 'Bandar Selamat'.

 

"Kertas kerja dan cadangan pihak kami (polis kontinjen Kuala Lumpur) untuk menambah bilangan CCTV sudah dipersetujui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

"Kerja pemasangannya (CCTV) dijangka dilakukan pada tahun ini dan fokus pemasangan sejumlah 2,062 CCTV ini adalah di lokasi yang sering berlakunya kejadian jenayah dan tempat sunyi yang menjadi laluan penduduk di sesebuah kawasan," katanya dalam satu temubual khas, baru-baru ini.

 

Saiful Azly berkata, pusat kawalan CCTV itu juga bukan hanya boleh digunakan mengawasi sebarang elemen berunsurkan jenayah, malah dapat memantau pergerakan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian banjir kilat.

 

"Berdasarkan perancangan awal pusat kawalan CCTV terletak di Taman Teknologi, Bukit Jalil ini akan dikendalikan secara bersama antara polis Kuala Lumpur dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…
Berita Global
Untuk memudahkan kerja, ada di antara mereka yang lebih gemar memilih waktu yang bersesuaian dan…
Berita Domestik
  Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW…