KLBS2023: QJMotor lancar SRK600RC - sportbike 4 silinder sebaris, 80.4 HP, 51 Nm, dari RM39,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi jenama di bawah MForce Bike Holdings Sdn Bhd, QJ Motor hari ini telah melancarkan model terbaharunya, SRK600RC yang bakal memberi saingan dalam kategori sportbike kelas pertengahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, ia ditawarkan dengan grafik Gresini Racing bersama dua pilihan warna menarik iaitu hitam dan biru, dengan harga bermula dari RM39,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

 

2

 

Dari segi kuasa, SRK600RC menggunakan nadi empat silinder sebaris 600 cc DOHC bersama 16 injap, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan lengkap dengan bantuan sistem Multiplate Wet Clutch (ASC).

Nadi itu membolehkan SRK600RC memiliki kuasa sehingga 80.5 HP dan 51 Nm, menjadikannya antara tunggangan yang agresif di kalangan pesaing.

 

3

 

Bagi meningkatkan kawalan semasa menunggang, ia dilengkapi dengan cakera berkembar bersaiz 320 mm di depan dan cakera tunggal bersaiz 260 mm di belakang, di mana kedua-duanya menggunakan angkup brek Brembo bersama ABS.

Dari segi suspensi pula, SRK600RC menggunakan fork jenis USD di depan dan monoshock di belakang, di mana kedua-duanya menggunakan jenama Marzocchi dan boleh dilaras.

 

4

 

Rim pula menggunakan saiz 17 inci, dibaluti tayar bersaiz 120/70 di depan dan 180/55 di belakang.

Antara ciri moden yang ditawarkan ialah meter TFT, serta tambahan winglet pada fairing hadapan untuk membantu meningkatkan aerodinamik.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut…