KLIA antara 9 lapangan terbang terbaik dunia

oleh SALINA JALIL|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinobatkan sebagai antara sembilan lapangan terbang terbaik dunia menerusi tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021.


Pengiktirafan untuk KLIA oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) itu adalah bagi kategori melebihi 40 juta penumpang tahunan (mpaa) dengan skor 5.00.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tinjauan itu adalah penanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan pelanggan keseluruhan bagi keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

 

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (Malaysia Airports), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, sejak beberapa bulan lalu, KLIA mula menerima peningkatan penumpang yang ketara. 

 

Beliau berkata, selaras peningkatan itu, pihaknya perlu memastikan standard perkhidmatan yang disediakan di KLIA dikendalikan dengan baik. 

 

“Berada pada kedudukan pertama bersama sembilan lapangan terbang utama yang lain adalah satu pengiktirafan buat negara. 

 

“Kami juga bersedia untuk menerima kehadiran pelancong sebaik sahaja sekatan perjalanan dibuka kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Katanya, biarpun sekatan perjalanan udara belum dibuka, namun prestasi kumpulan banyak dibantu penerbangan domestik. 

 

Iskandar berkata, bulan lalu sahaja, sebanyak 2.5 juta penumpang direkodkan bagi penerbangan domestik yang mewakili 90 peratus daripada perjalanan penerbangan keseluruhan. 

 

Menurutnya, pembukaan semula inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia dan Singapura dan penerbangan umrah juga akan merancakkan semula segmen perjalanan antarabangsa. 

 

“Secara keseluruhan, sebanyak 4.7 juta penumpang direkodkan bagi operasi Malaysia Airports sepanjang bulan lalu termasuk operasi di Malaysia dan Turki. 

 

“Kami juga percaya industri penerbangan terbang kekal positif sebagaimana dicapai pada bulan lalu dibantu penyertaan syarikat penerbangan baharu serta pengenalan beberapa laluan baharu,” katanya. 

 

Menurut Iskandar, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran SKS Airways yang beroperasi di terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) Pangkor dan Redang. 

 

Jelasnya lagi, antara laluan penerbangan baharu yang dibuka termasuk Kuching – Langkawi, Penang – Sibu, Johor Bahru – Bintulu, Kota Kinabalu – Kuala Terengganu. 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
Kedudukan tersebut menyaksikan KLIA telah turun empat anak tangga dari kedudukan sebelumnya iaitu…
Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…