KLIMS 2018: Daihatsu pamer versatiliti van komersil Gran Max

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd pada tahun ini memperlihatkan bagaimana sebuah van komersil Gran Max boleh diperluaskan tahap praktikalitinya menjadi sebuah butik bergerak (Mobile Boutique Van) dan juga kafe bergerak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagaimana yang anda boleh saksikan, van Gran Max ini telah diubahsuai supaya mampu memuatkan barangan perniagaan tudung MUMU Scarves, manakala bahagian luaran pula telah dilengkapi dengan beberapa aksesori seperti lampu nyalaan siang, bull bar, pelindung cermin sisi, sun visor dan rim 15 inci.

Manakala Mobile Cafe (tiada dalam gambar) merupakan hasil kerjasama Daihatsu dengan syarikat Big Apple Donuts & Coffee lengkap dengan peralatan yang digunakan untuk perniagaan makanan. 
 


Menerusi KLIMS 2018, Daihatsu menawarkan promosi dan penjimatan termasuklah cargo body percuma bernilai RM2,000, baucer petrol bernilai RM2,000, dan pakej penyelenggaraan percuma selama satu tahun atau jarak perbatuan 20,000 km. 

Booth Daihatsu boleh dilawati di Hall 7, Level 2 MITEC. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…
Berita Domestik
Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih…