Klinik blackout, doktor guna Rivian R1T bantu pembedahan vasektomi

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kelebihan yang ada pada kebanyakan kenderaan elektrik masa kini adalah keupayaan untuk menjadi unit penjana kuasa mudah alih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, kami pernah melaporkan sebuah Ford F-150 Lightning yang digunakan sebagai genset untuk satu acara kenduri kahwin di Amerika Syarikat.

Kisah kali ini, seorang doktor urologi yang menetap di Austin, Texas menggunakan sebuah trak pikap elektrik Rivian R1T bagi membantu prosedur pembedahan di kliniknya!

Menurut hantaran di laman blog mikro Twitter, Dr. Christopher Yang berhadapan dengan situasi gangguan bekalan elektrik di kliniknya, dan keadaan itu jelas sekali menghalang usahanya untuk melaksanakan pembedahan vasektomi untuk salah seorang pelanggannya.

 


"Klinik mengalami gangguan bekalan elektrik, pesakit tidak mahu menangguhkan prosedur kerana sudah mengambil cuti," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Disebabkan masalah yang tidak selesai dalam tempoh singkat, Dr. Yang dan pasukannya hadir dengan satu idea unik - menggunakan Rivian R1T sebagai genset untuk prosedur pembedahan tersebut.

Berdasarkan temubual bersama laman The Drive, Yang menjelaskan idea tersebut datang daripada salah seorang kakitangannya, dan setelah pesakit bersetuju, Yang menggunakan wayar sambungan untuk menghubungkan outlet kuasa Rivian kepada peralatan pembedahan dan kipas kecil untuk prosedur tersebut.
 

Rivian


"Kami amat bertuah kerana petak parkir trak saya terletak berdekatan dengan bilik pesakit," jelasnya.

Mujur prosedur pembedahan tersebut berjalan lancar tanpa berdepan masalah.

Mengikut spesifikasi, Rivian R1T menawarkan sehingga empat outlet 110-voltan dengan kuasa mampu mencapai 1.5 kW, satu daripadanya terletak di konsol tengah dan terowong tengah, sementara dua lagi boleh diakses di bahagian bed belakang - salah satu daripada outlet tersebut digunakan oleh Dr. Yang untuk membantu menyelesaikan prosedur vasektomi di kliniknya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut pengarah bahagian kualiti Rivian, Richard Vaughan menjelaskan, mereka sedang…
Berita Global
Menerusi satu acara yang bertempat di Mill Valley, California, pengasas dan CEO Rivian, R.J.…
Berita Global
Terima kasih kepada penggunaan empat motor elektrik berasingan pada setiap roda, Rivian R1T kini…