Konvoi PM: Polis kata ambulan perlu berhenti atas dasar keselamatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis berkata tindakan untuk mendahulukan perjalanan konvoi Perdana Menteri dan menghentikan ambulan Ahad lalu adalah atas dasar keselamatan lalulintas.

Menurut Ketua Penguasa Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt. Azman Shari'at, polis yang bertugas ketika itu membuat tindakan tersebut selepas melihat ada risiko perlanggaran jika ambulan itu tidak diberhentikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Polis bagaimanapun terus memberikan laluan kepada ambulan tersebut selepas konvoi melepasi persimpangan.

"Tindakan itu dibenarkan di bawah Undang-Undang Trafik No 9 LN 166/1959 menurut Akta Jalanraya 1987,' ujar Supt Azman.

"Polis sentiasa mementingkan kepentingan orang awam, terutama bila ia membabitkan keselamatan pengguna jalanraya dan kenderaan kecemasan seperti ambulan dan bomba," tambahnya lagi.

Konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu diiringi oleh polis ketika dalam perjalanan ke Masjid Al-Mutaqqim, Batu 16, Hulu Langat untuk melihat keadaan pasca banjir di sana.

Video polis menghentikan sebuah kenderaan 4X4 dan juga ambulan Bulan Sabit Merah tular dan mendapat kecaman netizen.

* Berita penuh di The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…