Koridor Pengecaj EV bakal bantu Malaysia jadi hab EV menjelang 2030

oleh HEZERI SAMSURI|
Bayangkan satu jaringan jalanraya yang mampu digunakan oleh kenderaan elektrik (EV) untuk menjelajah keseluruhan Semenanjung Malaysia.

Itulah yang dicadangkan oleh Kelab Pemilik Kenderaan EV Malaysia (MyEVOC) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut presidennya, Datuk Shahrol Halmi, MyEVOC merasakan untuk Malaysia mampu mencapai sasaran hab pemasaran EV, penjualan kenderaan EV untuk pasaran negara sangat penting.

Beliau mengingatkan kegagalan kerajaan untuk mencapai sasaran Rangka Tindakan Mobiliti Elektrik Kebangsaan 2015 yang mahu memastikan Malaysia mempunyai 100,000 buah kenderaan EV menjelang tahun 2020.

"Sehingga sekarang, cuma ada 194 unit kenderaan EV di atas jalanraya negara. Jauh tersasar dari objektif rangka tindakan tersebut," ujarnya kepada Careta.

"Antara punca kegagalan itu ialah harga EV yang masih terlalu mahal dan masalah range-anxiety di mana pengguna risau kenderaan tidak cukup caj untuk perjalanan mereka," sambung Shahrol.

Di bawah ialah fakta-fakta dan juga cadangan-cadangan dari kelab MyEVOC yang dirasakan mampu membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi hab pemasaran kenderaan EV menjelang tahun 2030.

1. Malaysia mempunyai lebih kurang 400 pusat pengecaj awam di seluruh negara, tetapi tidak ada satu stesen pengecaj pantas (DC rapid charging station atau DCFC) di luar Lembah Klang.

2. Perlu ada perancangan untuk membina stesen-stesen DCFC di laluan-laluan utama di sekitar semenanjung Malaysia.

 

 

 

3. MyEvoc mencadangkan pembinaan EV Charging Corridor atau Koridor Pengecaj EV untuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya Pantai Timur 1 & 2 dan di sepanjang laluan pantai timur. Jaringan ini meliputi jalanraya sepanjang 1,966 km.

4. Ujian-ujian perjalanan dari ahli-ahli MyEvoc mendapati Fasa Pertama projek ini boleh dimulakan dengan pemasangan 10 stesen DCFC, dengan jarak antara stesen sekitar 200 km.

5. Adalah lebih baik dan lebih menjimatkan jika stesen DCFC dipasang 1 hingga 2 km dari setiap pintu keluar/masuk lebuhraya. Ini ialah kerana stesen DCFC memerlukan jumlah tenaga elektrik dan juga tapak lokasi bersesuaian.

6. Stesen-stesen DCFC ini bakal menjana ekonomi baharu untuk kepentingan penduduk setempat.

 

 

Buat masa sekarang, pihak kerajaan tidak ada pengumuman yang besar untuk EV. Pembinaan stesen-stesen pengecaj sekarang lebih dari syarikat-syarikat persendirian yang percaya Malaysia sudah bersedia untuk pasaran EV.

Banyak pengumuman telah dilakukan sebelum ini berkaitan EV oleh kerajaan Malaysia, termasuk projek pembuatan kilang bateri EV dan juga pelancaran kenderaan EV CKD pertama tetapi tidak ada berita lanjut berkaitan itu sehingga kini.

Ini berlainan dengan inisiatif dan pengumuman dari negara-negara jiran yang nampaknya semakin cergas dalam perancangan pembangunan EV.

Bangkok contohnya telah menerima anugerah bandaraya yang sedang giat membangunkan pengangkutan elektrik.

Amat menyedihkan kerana Malaysia sudah lama mempunyai inisiatif EV tetapi ia seolah-olah mati di tengah jalan. 

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…