Kos jadi sebab kenapa Smart-Tag lama mudah rosak

oleh HEZERI SAMSURI|
Smart Tag generasi ketiga memang terkenal kerana mengalami kerosakan pada paparan LCD, di mana selepas setahun, bacaan di skrin itu lenyap.

Careta bertanyakan kepada Helmut Blasch, Pengarah Efkon Asia yang bertanggung-jawab membekalkan Touch n Go unit Smart Tag dan juga teknologi Infra-Red yang digunakan selama ini di rumah tol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Blasch, kos menjadi masalah utama ketika projek itu bermula.

"Alat peranti yang dicadangkan sebenarnya berharga RM250 seunit, dan syarikat yang bertanggung-jawab akan projek itu tidak bersetuju kerana ia terlalu mahal untuk pasaran tempatan," terang beliau.

Blasch menerangkan harga sasaran ia RM100, dan mereka terpaksa mengubah spesifikasi peranti itu agar ia sesuai dengan harga tersebut (selepas dicampur kos lain dan cukai, harga jualan menjadi RM128).

"Kerana itu, pelbagai fungsi dibuang dan cara pemasangan peranti itu juga diubah agar sesuai dengan kos yang diminta," sambung Blasch lagi.

 

 

 

Masalah pada paparan skrin LCD itu terjadi ialah bila perekat yang digunakan untuk melekatkan skrin itu pada PCBA (papan litar) tanggal selepas setahun. Litar fleksibel itu juga akan terkoyak dan paparan tidak akan berfungsi.

Blasch ditemuramah semasa majlis pelancaran peranti E-Tag baharu yang kini dijual oleh Efkon dan wakil penjualnya Sigma Technology Sdn Bhd di Kuala Lumpur pagi tadi,.

Touch n Go tidak lagi menjual peranti Smart Tag dan Efkon kini menawarkan penjualan E-Tag di kedai-kedai aksesori dan stesen minyak. Untuk pembelian online, peranti MaxTAG yang juga sama dengan E-Tag ada dijual di Lazada dan 11street dengan harga RM143.

Kedua-dua E-tag dan MaxTAG ini sebenarnya sama dengan Smart Tag generasi ketiga, kecuali warna yang digunakan (kini hitam semuanya) dan micropressor baharu dan paparan lebih lasak.

Setiap peranti diberikan jaminan setahun.  Untuk peranti lama yang sudah lupus jaminan, bayaran RM50 akan dikenakan. Anda boleh menghantar peranti lama untuk diperbaiki di

Basset Sdn Bhd,

32, Jalan SS26/13 Taman Mayang Jaya,

Petaling Jaya (telefon 03-7805 2488).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…
Berita Domestik
"Tiga ke lima tahun adalah masa yang terlalu lama. Tetapi beri kami masa untuk memastikan sistem…
Berita Domestik
Pengguna di Malaysia yang bijak memang sudah lama menerima kenyataan bahawa tol akan tetap wujud.…