Baru-baru ini, terdapat laporan tentang perkembangan projek EV Apple yang mengatakan kos untuk menghasilkan sebuah kereta pertama Apple itu mencecah sehingga RM400 ribu.
Bayangkan kos untuk hasilkan sahaja mencecah RM400 ribu, dengan reputasi Apple dan produk teknologinya, harga EV pertamanya mungkin boleh mencecah lebih setengah juta.
Laporan itu turut menyatakan beberapa ciri-ciri dalam EV pertama mereka, antaranya ialah sistem pemanduan auto dilengkapi dengan penderia lidar dan radar yang membantu semasa pemanduan di jalan raya.
Selain itu, bagi membantu dalam projek EV pertamanya, Apple mengupah seorang veteran dari Lamborghini iaitu Luigi Taraborrelli.
Veteran Lamborghini itu merupakan bekas ketua pembuatan casis yang bertanggunjawab menghasilkan sistem gantungan, stereng, brek dan sistem bantuan pemanduan di dalam jentera dari Itali itu.
EV pertama dari Apple itu dijangka akan tiba sekitar tahun 2026, lewat setahun dari yang dirancang.
Sumber: motor1.com