Perjalanan antara negeri tidak dibenarkan, kecuali sebab tertentu - KPN

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan terbaru yang dibuat tengah malam tadi, pihak polis telah menjelaskan bahawa perjalanan antara negeri adalah tetap tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya beberapa pengecualian akan diberikan kepada rakyat malaysia yang menghadapi perkara berikut seperti:

  • Kematian ahli keluarga terdekat
  • Ahli keluarga menghidap penyakit kritikal
  • Keperluan disebabkan perubatan, sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat
  • Situasi yang dirasakan perlu dan munasabah oleh pihak polis. 

Jadi, mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mengalami situasi yang disebutkan tidak layak untuk memohon kebenaran perjalanan antara negeri. 

Kenyataan ini dibuat susulan pengumuman awal oleh pihak polis yang memerlukan rakyat Malaysia memohon permit perjalanan antara negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. 

Disebabkan ketiadaan penjelasan yang lebih lanjut, ia mengakibatkan kesesakan yang teruk di balai-balai polis yang berhampiran, sehingga memaksa pihak polis menghentikan sementara pengeluaran permit khas sehingga situasi kembali reda. 

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…