Kumpulan pertama Ora Good Cat tiba di Malaysia, sedia untuk dihantar pada pelanggan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Penantian para pembeli terawal Ora Good Cat kini berakhir apabila GWM umumkan ketibaan kumpulan pertama EV kucing baik itu di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak pelancarannya pada November lepas, Ora Good Cat telah mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan pembeli yang menginginkan EV dengan gaya futuristik menarik perhatian, ciri keselamatan yang mengagumkan ditambah dengannya teknologi terkini.

 

ora

 

Ora Good Cat didatangkan dengan 2 varian, iaitu model 400 Pro dengan harga RM 139,800 dan model 500  Ultra dengan harga RM 169,800.

GWM menawarkan pakej jualan '4 - in 1 Purr-fect' yang menarik untuk para pembeli, ianya merangkumi pengecas mudah alih dan pengecas rumah, waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km, waranti bateri 8 tahun atau 180,000km dan 5 kali kos penyelenggaraan percuma.

 

ora

 

Bagi anda yang berminat dengan kucing baik itu, sila layari laman web GWM atau terus hubungi pusat panggilan GWM ditalian 1800-18-2882 untuk sebarang maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Buktinya, ia adalah antara syarikat automotif pertama dari China yang hadir dengan enjin dan…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…