Walaupun RevoNEX pada asasnya merupakan sebuah motosikal elektrik, Kymco telah melengkapkan kotak gear manual enam nisbah kelajuan bagi memberikan lebih keseronokan dari segi aspek pengendalian.
Tidak ada sebarang spesifikasi berkenaan sistem trenkuasa yang didatangkan, akan tetapi Kymco mendakwa RevoNEX mampu mencapai masa pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j dan 0-205 km/j dalam masa hanya 11.8 saat!
Terdapat empat mod tunggangan disertakan termasuklah:
- Poised - tunggangan dalam kawasan perumahan
- Assertive - tunggangan dalam bandar
- Bold - tunggangan yang lebih sporty
- Extreme - kegunaan dalam litar