Lamborghini diiktiraf "Top Employer Italia 2022", siap beri kursus keibubapaan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022
Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022
Bukan sahaja tampil dengan kereta hebat, Automobili Lamborghini sekali lagi terpilih sebagai Top Employer Italia 2022. 

Sekali lagi membawa maksud ianya anugerah tahun kesembilan berturut-turut! Anugerah itu mengiktiraf usaha Lamborghini dalam mengutamakan para pekerjanya.

Seperkara menarik ialah walaupun di dalam keadaan pandemik, Lamborghini menambah pekerja dan kini mempunyai lebih 1900 kakitangan dengan peningkatan 5.6 peratus pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022.01

 

Program Lamborghini Feelosophy

Dengan pengiktirafan yang diterima, apa kaedah yang diamalkan Lamborghini? Banyak sebenarnya dan untuk tahun 2021 syarikat melancarkan program Lamborghini Feelosophy.

Nama pun bagus, Feelosophy adalah dari dua perkataan yang digabungkan iatu feel dan philosophy dan dibangunkan dengan sasaran untuk menjaga kakitangan dengan cara holistik.

Tiga tiang utama

 

Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022.01

 

Program Lamborghini Feelosophy dibuat berdasarkan tiga paksi utama iaitu jasmani (body), minda dan tujuan.

Program ini dibuat bagi menyemai perkembangan dan kesejahteraan para pekerja melalui perhatian (listening) dan penambahbaikan berterusan.

Intipati program ini melibatkan kesejahteraan fizikal dan mental. Perancangan baharu untuk program ini merangkumi pemakanan yang mampan dan kepentingan tidur.

Siap dengan kursus keibubapaan!

 

Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022.01

 

Satu lagi program yang dilaksanakan ialah Diversity&Inclusion. Lamborghini menawarkan pelbagai inisiatif kepada para pekerjanya bagi menyokong mereka dalam menyeimbangkan kehidupan peribadi dan kerja.

Di antara program yang dibuat ialah kursus keibubapaan di mana ibu dan bapa boleh bercakap dengan seorang pembimbing tentang perubahan yang dialami dengan kehadiran cahaya mata.

Seperkara lagi, Lamborghini tidak mengabaikan pekerja yang mempunyai cabaran mental dan kurang upaya dan mereka diintegrasi sepenuhnya dalam persekitaran pekerjaan.

Program pekerja baharu dan senior

 

Automobili Lamborghini Top Employer Italia 2022.01

 

Satu perkara penting dalam organisasi ialah perkongsian atau pemindahan kepakaran.

Lamborghini telah melaksanakan program mentor supaya pemindahan pengetahuan dapat berlaku di antara pekerja baharu dan senior.

Dengan itu, kemahiran para pekerja dapat ditingkatkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …