Lamborghini Huracam - kereta kamera terpantas di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat-syarikat penerbitan mempunyai cara tersendiri bagi merakam sesebuah video perlumbaan atau yang berkaitan dengan pergerakan sesuatu kenderaan.

Penggunaan kereta yang lasak seperti Range Rover dan Ford Raptor (sekadar menyebut beberapa contoh) membolehkan beberapa penggambaran berkelajuan tinggi dan dinamik boleh dicapai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Akan tetapi, bagaimana jika anda mahukan lebih daripada itu?

Jawapannya, Lamborghini Huracan.

Pihak penerbitan Incline Dynamic Outlet mungkin telah membina sebuah kereta berkamera terpantas di dunia. 

Menggunakan asas sebuah supercar Lamborghini Huracan, pihak tersebut telah memasang pelantar penstabil gyro jenis front-mount dan memuatkan kamera penggambaran jenis RED yang mampu merakam dengan resolusi setinggi 8K. 
 


Ketika ditanya berkenaan pemilihan Lamborghini Huracan, wakil syarikat itu, Chris Fuelner menjawab: "kami mahukan sebuah kereta yang tangkas, mempunyai pengendalian yang bagus serta berkebolehlaksaan melakukan aksi-aksi yang tampak mustahil seperti bergerak pantas di dalam trafik sibuk dan melalui bawah trak semi."

"Terlalu banyak kereta yang boleh bergerak pantas di atas jalan yang lurus, tetapi tidak banyak kereta yang mempunyai pengendalian sebaik Huracan ketika melalui jalan yang berliku," tambah beliau. 

Projek ini dipanggil Huracam (gabungan nama Huracan dan camera) dan mengambil masa kira-kira tujuh bulan sebelum pihak Inclince Dynamic Outlet merealisasikan menjadi realiti.
 


Tiada perubahan dari aspek teknikal dilakukan pada Huracam ini.

Kereta kamera terpantas ini masih lagi menggunakan nadi kuasa bentangan V10 berkapasiti 5.2 liter aspirasi natural (NA) menghasilan kira-kira 600 kuasa kuda dan kuasa tork mencecah 560 Nm pada putaran enjin 6,500 rpm.

Lamborghini Huracan mampu mencapai pecutan 0-100km/j dalam masa hanya 2.5 saat dengan kelajuan maksimum dicatatkan sebanyak 341 km/j. 

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …