Lamborghini laku sampai produksi April 2022! URUS nombor 1

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Urus
Lamborghini Urus
Pengeluar kereta eksotik seperti Lamborghini, Ferrari dan McLaren sememangnya gah di mata peminat serata dunia.

Walaupun terkenal seantero dunia, satu fakta tentang pengeluar sebegini ialah ianya tetap berada di dalam pasaran kecil (niche).

Angka jualan setahun hanya sekitar beberapa ribu unit sahaja namun jumlah itu sebenarnya sudah cukup besar.

Disebabkan ianya berada di pasaran kecil, pengeluar kereta eksotik lebih baik berada di dalam kumpulan automotif besar seperti Lamborghini yang dimiliki Kumpulan Volkswagen sejak sekian lama.

Satu lagi perkara tentang berada di dalam kumpulan lebih besar ialah stratergi perniagaan yang lebih bersifat jangka panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Stephan Winkelmann
Stephan Winkelmann, Presiden dan CEO Automobili Lamborghini

 

Ini boleh dilihat melalui penjenamaan, posisi dan pengeluaran varian Lamborghini. Ada sahaja varian menarik dikeluarkan dengan pakej menggagumkan dan walaupun begitu masih kekal berpaksikan DNA syarikat.

Hasil segala usaha tersusun ini boleh dilihat pada prestasi perniagaan Lamborghini.

Sebagai contoh, separuh pertama tahun 2021 merupakan satu sejarah baharu apabila jualan global telah mencatatkan rekod baharu.

Lamborghini telah menyerahkan 4,852 unit kenderaan dari Januari hingga Jun dan merupakan prestasi enam bulan terbaik syarikat.

 

Lamborghini Aventador Ultimae
Lamborghini Aventador Ultimae

 

Angka itu 37 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun 2020 dengan peningkatan 6.6 peratus berbanding enam bulan pertama 2019 (sebelum Covid).

Perkembangan terbaru ini satu perkara positif di kala dunia masih dilanda pandemik Covid-19.

Satu lagi perkara menarik ialah masa depan syarikat kelihatan baik apabila tempahan yang diambil sudah pun merangkumi sepuluh bulan seterusnya sehingga April 2021.

Berikut ialah fakta penting prestasi jualan Lamborghini:

  • Kesemua model menyaksikan peningkatan jualan.
  • Super SUV Urus paling laris dengan jualan sebanyak 2,796 unit atau pertambahan 35 peratus.
  • Huracán di tempat kedua sebanyak 1,532 unit, pertambahan 46 peratus.
  • Aventador di tempat ketiga sebanyak 524 unit dengan penambahan 21 peratus.

 

Lamborghini Huracán STO
Lamborghini Huracán STO

 

Berikut pula prestasi jualan Lamborghini mengikut pasaran:

  • Paling laris di Amerika Syarikat dengan jualan 1,502 unit.
  • Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau (602).
  • Jerman, 391 unit.
  • United Kingdom, 318 unit.
  • Jepun, 258 unit.
  • Timur Tengah, 226 unit.
  • Itali, 197 unit.
  • Lamborghini diwakili 168 pengedar di 51 pasaran serata dunia.

 

Lamborghini Aventador Ultimae
Lamborghini Aventador Ultimae

 

Di dalam perkembangan lain, Lamborghini pada awal Julai 2021 telah memperkenalkan  Aventador LP 780-4 Ultimae, model terakhir enjin aspirasi normal V12 sebelum unit generasi baharu diperkenalkan.

Apa seterusnya? Model Lamborghini bermula tahun 2023 bakal menggunakan enjin hibrid.

Dalam tempoh itu peminat masih lagi boleh mendapatkan enjin konvensional dan dalam masa terdekat Huracán STO akan diperkenalkan.

Model ini membawa pengaruh unit perlumbaan Huracán Super Trofeo EVO yang digunakan di dalam kejuaraan Lamborghini Squadra Corse. 

 

Lamborghini Aventador Ultimae
Lamborghini Aventador Ultimae

 

Turut dibawa ialah elemen daripada Huracán GT3 EVO, sebuah model yang menjuarai tiga kali perlumbaan 24 Jam Daytona dan dua kali juara 12 Jam Sebring.

Perancangan Lamborghini tidak berhenti setakat itu dan telah mengesahkan sebuah lagi produk baharu bakal diperkenalkan tahun ini.

Kesemua ini memberi makna tahun yang sibuk dan menguntungkan buat Lamborghini!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …