Lamborghini Lanzador EV Concept – supercar 2+2 berkuasa elektrik, 1,341 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti pengeluar lain, Lamborghini juga kini sedang dalam peralihan untuk menawarkan lebih banyak model-model berprestasi tinggi yang lebih mesra alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EV pertama yang bakal dilancarkan oleh Lamborghini bukanlah sebuah SUV, akan tetapi sebuah supercar dua pintu, konfigurasi tempat duduk 2+2 dan dengan jarak lega bumi yang sedikit tinggi berbanding adik beradik supercar Lembu yang lain.
 

EV


Buat masa ini, perincian lanjut berkenaan trenkuasa elektrik Lanzador masih lagi dirahsiakan, namun begitu Lamborghini mengesahkan ia bakal dilengkapi dengan dua motor elektrik menghasilkan kuasa setinggi 1 megawatt (lebih tepat lagi 1,341 hp) yang memacu semua roda (AWD).

Kapasiti pek bateri juga tidak diketahui, namun ia dikatakan bateri berprestasi tinggi yang mampu memastikan jarak gerak yang lebih jauh.
 

EV


Lanzador menggunakan gandingan pendekatan elemen berprestasi tinggi yang terdapat pada Revuelto, serta tahap versatiliti yang ada pada Urus.

Disebabkan itu, supercar elektrik ini mempunyai jarak lega bumi yang sedikit tinggi, sesuai untuk kegunaan seharian namun dalam masa yang sama tidak malu jika diletakkan bersebelahan dengan model Lamborghini yang lain.
 

EV


Jika sekilas pandang, sukar untuk meneka Lanzador ini sebuah EV tulen berdasarkan rekaan baji yang mengingatkan kita pada model klasik Countach, struktur bampar depan yang agak agresif, diikuti dengan rekaan arka roda yang bersegi untuk menempatkan rim bersaiz besar.

Garis bumbung walaupun direka agak rendah, akan tetapi masih lagi mampu menyediakan ruang yang mencukupi untuk empat orang duduk di dalam kabin pada satu-satu masa.

Sayang sekali, Lamborghini tidak menyediakan bukaan pintu jenis scissors untuk model Lanzador.
 

EV


Untuk ruang kabin, terdapat skrin kluster digital untuk kegunaan pemandu, dan sebuah skrin berasingan yang terletak di hadapan penumpang depan.

Sementara konsol tengah pula tampil ringkas tanpa sebarang kehadiran skrin, sebaliknya terdapat butang kawalan khas untuk akses kepada fungsi dan menu yang disediakan.

Selari dengan perkembangan semasa, Lamborghini Lanzador turut menawarkan penggunaan bahan mesra alam untuk ruang kabin.
 

EV


Seperti contoh, upholsteri bulu Merino yang diperoleh daripada kambing biri-biri Australia, benang jahitan daripada bahan nilon kitar semula, serta busa tempat dudud daripada plastik kitar semula.

Penggunaan bahan kulit juga masih lagi dikekalkan, namun ia telah diproses dengan menggunakan air sisa yang diperoleh daripada pengeluaran minyak zaitun.

Kebiasaannya, air sisa daripada pengeluaran minyak zaitun itu akan dirawat di fasiliti khas disebabkan oleh tahap asid dan phytotoxic yang tinggi, namun ia boleh digunakan bagi menggantikan bahan kimia yang selalunya digunakan untuk menyamak kulit.
 

EV


Untuk makluman, Lanzador versi produksi hanya akan muncul secara rasmi pada tahun 2028 sebagai model pertama jenama Lamborghini, serta model keempat di dalam portfolio produk semasa jenama tersebut.

Ia akan dipasang di kilang Sant’Agata Bolognese, di mana lebih ramai pekerja akan diperlukan untuk menyokong pembangunan dan produksi model EV tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…