VinFast pamer konsep trak pikap VF Wild, saiz Ford Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada SUV elektrik kecil VF3, VinFast juga turut tidak ketinggalan mempamerkan sebuah model konsep trak pikap yang mungkin akan direalisasikan pada masa depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997 mm, serta bed kargo sepanjang lima kaki (1,524 mm).
 

VF


Dengan kewujudan pintu tengah dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat membolehkan VF Wild ini membawa muatan sepanjang 8 kaki (2,438 mm).

Ini menjadikan VF Wild duduk di dalam segmen yang sama dengan trak pikap seperti Ford Ranger dan juga Toyota Tacoma.
 

VF


Selain daripada itu, VF Wild turut mempunyai ciri seperti bumbung kaca panorama serta kamera sisi yang dapat membantu meningkatkan aspek aerodinamik.

Rekaan luaran VF Wild ini merupakan hasil kerjasama VinFast dengan studio rekaan GoMotive dari Australia, menampilkan elemen estetik "Fluid Dynamism" yang mengambil masa lebih 8,000 jam untuk disiapkan.

 


Tidak dapat dipastikan sama ada VinFast benar-benar mahu menghasilkan trak pikap VF Wild ini, atau kekal sebagai sebuah model konsep.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Global
Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang…
Berita Global
Daripada dua model tersebut, kita dapat melihat penampilan logo "H" baharu Honda yang bakal…