Lamborghini Urus S 2023 - varian asas Urus, 666 hp, dari RM882k di Itali

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa tahun di pasaran, Lamborghini akhirnya melancarkan versi facelift SUV Urus pada bulan Ogos lalu menerusi pengenalan varian Performante yang sangat berkuasa itu.

Kini, terdapat satu varian baharu Urus yang bertindak sebagai model aras mula sebagai satu alternatif yang lebih mewah tanpa mementingkan prestasi - Urus S.
 

Urus


Walaupun aspek prestasi bukan keutamaan pada model Urus S ini, namun ia masih lagi didatangkan dengan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar dengan 666 ekor kuda dan 850 Nm.

Cuma, prestasi pecutan 0-100 km/j sedikit perlahan (3.6 saat) berbanding Urus Performante yang mampu memecut sepantas 3.3 saat, sementara kelajuan tertinggi juga kurang 1 km/j berbanding model Performante (306 km/j).

Ini adalah disebabkan perbezaan berat di mana Urus S mempunyai berat sekitar 2,197 kg berbanding Performante (2,150 kg).
 

Urus S


Penambahan berat tersebut adalam disebabkan oleh elemen mewah yang cuba diterapkan pada model Urus S, terutama pada bahagian ruang kabin dengan kemasan upholsteri kulit dan trim dua tona.

Membezakan Urus S dengan model Urus terdahulu adalah rekaan bampar hadapan baharu dengan skidplate keluli tahan karat hitam kusam, diikuti rekaan bampar belakang baharu dengan seksyen bawah hitam kusam.

Antara opsyen yang ditawarkan pada Urus S termasuklah penggunaan bahan gentian karbon pada hud dan bumbung, serta naiktaraf rim bersaiz 22 atau 23 inci jika rim standard 21 inci tidak kena dengan jiwa.
 

Urus S


Di Itali, harga jualan Urus S bermula dari €195,538 (RM881,952), jauh lebih murah berbanding Urus Performante dengan tanda harga  €218,487 (RM985,461).

Baca: Lamborghini Urus Performante 2023

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…