Land Cruiser 70 Series 2024 pasaran Australia, kekal nadi V8 4.5 liter, pilihan badan SUV, trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
Sudah 40 tahun berada di pasaran, Land Cruiser 70 Series masih lagi gagah untuk menawan apa jua bentuk muka bumi yang mendatang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada pasaran Jepun, Land Cruiser 70 Series versi kemaskini untuk tahun 2024 turut tersedia untuk pasaran Australia.
 

LC7-


Ketika Land Cruiser spesifikasi JDM hanya boleh didapati dalam bentuk badan SUV, Land Cruiser 70 Series untuk pasaran Australia pula boleh didapati dalam pilihan badan wagon SUV atau trak pikap.

Bukan itu sahaja, Land Cruiser 70 Series 2024 turut mengekalkan nadi bentangan V8 4.5 liter diesel yang mampu menjana kuasa setinggi 202 hp dan 430 Nm dengan kotak gear manual lima kelajuan, atau pilihan enjin 2.8 liter diesel turbo berkuasa 201 hp dan 500 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.  
 

LC70


Sama seperti model SUV, trak pikap Land Cruiser 70 Series ini turut mendapat perubahan pada muka hadapan, di mana ia menampilkan lampu utama berbentuk bulat serta lampu nyalaan siang DRL berbentuk serupa.

Untuk ruang kabin, terdapat skrin sentuh bersaiz 6.7 inci yang boleh disambungkan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta skrin kluster digital 4.2 inci.
 

LC70


Untuk sebuah kenderaan berusia 40 tahun, ia juga turut mendapat kelengkapan keselamatan moden termasuklah amaran keluar lorong, bantuan papan tanda, dan bantuan suluhan tinggi automatik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda sebenarnya bernasib baik kerana sebuah model istimewa bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto…
Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…