Land Cruiser 70 Series - enjin Hilux 2.8 liter, 204 PS, 500 Nm, bakal dijual di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Land Cruiser 70 Series merupakan antara model tertua yang masih lagi dijual di beberapa buah negara sehingga kini, termasuklah Australia dan Afrika Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land Cruiser 70 Series yang telah dikemaskini, menjanjikan prestasi pemanduan off-road yang dipertingkatkan, kesenyapan pemanduan, serta penjimatan bahan api.
 

LC70


Land Cruiser 70 Series itu kini didatangkan dengan nadi diesel 2.8 liter 1GD-FTV  yang mampu menghasilkan kuasa 204 PS dan 500 Nm - nadi sama dimuatkan pada Toyota Hilux.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik ECT enam nisbah kelajuan.

Terdapat beberapa perubahan rekaan dibuat pada model 70 Series tersebut.
 

LC701


Paling menonjol ialah unit lampu hadapan yang telah diberikan nafas baharu menampilkan unit lampu nyalaan siang DRL LED yang lebih moden, diikuti dengan lampu belakang yang telah dialihkan ke bahagian bampar.

Land Cruiser 70 Series yang diperbaharui ini akan turut sama dijual di pasaran Jepun, sebagai altenatif kepada model Land Cruiser Prado 250 Series dan Land Cruiser 300 Series.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda sebenarnya bernasib baik kerana sebuah model istimewa bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto…
Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…