Baru-baru ini syarikat tersebut telah menghasilkan pakej modifikasi untuk salah satu jentera ikonik dari British, iaitu Land Rover Defender yang meningkatkan lagi keupayaannya untuk melakukan aktiviti off-road.

Antara modifikasi yang ditawarkan Artic Trucks ialah kit lifted untuk suspensi bagi memberikan ketinggian dari tanah sebanyak 360 mm berbanding 290 mm tinggi asal dipadankan dengan roda 20 inci dan dibaluti tayar pneumatik bersaiz 315/60/R20.
Naik taraf suspensi dan tayar itu dipadankan dengan kit badan yang dicat hitam untuk memberikan Defender tersebut rupa lebih lebar dan ganas.

Speedometer Defender yang dinaik taraf itu juga perlu ditentukur semula semula bagi menyelaraskan sistemnya dengan saiz roda besar tersebut.
Bahagian enjin Defender itu dikekalkan tanpa sebarang modifikasi, yang dikuasakan oleh enjin 3.0 liter petrol hibrid menghasilkan 395 HP dan 550 Nm.
Sumber: carscoops