MANSORY Defender Black Edition, 650 hp, 870 Nm, 10 unit sahaja dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sudah bosan dengan kehadiran pelbagai jenis modifikasi yang dikhususkan untuk SUV kotak Mercedes-AMG G 63 yang ada di muka bumi ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas dengan menggunakan asas daripada Land Rover Defender 90 V8, terhad kepada 10 orang kaya terlampau dalam dunia ini.

Usah risau kerana versi Defender 110 juga akan ditawarkan kelak.
 

Defender


Nadi V8 5.0 liter yang asal telah 'diurut' kembali oleh Mansory supaya mampu menjana kuasa setinggi 650 hp dan 870 Nm, atau peningkatan sebanyak 125 hp dan 245 Nm.

Pecutan 0-100 km/j kini sepantas 4.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Bertepatan dengan nama yang diberikan, Mansory Defender Black Edition ini dilayangkan dengan warna hitam, termasuklah kit badan yang agresif, dan rim FD.15 bersaiz 24 inci yang aerodinamik yang dibaluti tayar 295/30.
 

mansory


Penggunaan bahan ringan gentian karbon juga boleh didapati pada beberapa tempat seperti hud enjin, penambahan fender depan lebar, bahagian seksyen bawah pintu, spoiler belakang dan apron belakang.

Mansory turut memadankan unit lampu nyalaan siang (DRL) serta bar lampu LED tambahan pada bahagian bumbung yang duduk diam di dalam perumah yang juga diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Sama seperti mana-mana projek ubahsuai Mansory, Defender Black Edition ini boleh disesuaikan dengan pelbagai pilihan termasuklah jenis kulit, warna, sulaman dan juga trim gentian karbon.
 

mansory


Berdasarkan gambar yang tertera, Defender Black Edition Mansory ini dipadankan dengan kemasan dalaman Alcantara kelabu gelap, diikuti aksen Mandarin Orange dan trim gentian karbon.

Selain itu, terdapat juga roda stereng karbon itu turut menempatkan lampu indikasi penukaran gear, tali pinggang keledar berlogo Mansory, pedal sport aluminium, alas lantai, serta gugusan lampu LED pada bahagian siling kabin.

Seperti biasa, tiada sebarang tanda harga rasmi diumumkan oleh Mansory.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jarak lega bumi yang agak tinggi itu sudah cukup untuk membuatkan penampilan standard G-wagen lebih…