Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft Super King Air B200T milik TUDM yang melakukan pendaratan kecemasan tengahari tadi kerana salah satu peralatan pendaratan (landing gear) gagal untuk berfungsi.
Malaysia Airports mengumumkan tidak ada sebarang kecederaan dalam insiden tersebut dan terminal masih dibuka seperti biasa.