Langgar SOP Sekatan Pergerakan COVID-19 Kuching - 1,382 kompaun, RM3.6 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis mengeluarkan 1,382 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta terhadap orang awam di daerah ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan COVID-19 sejak Mei hingga Jumaat lalu.



Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata 10 kesalahan utama dikesan dilakukan orang awam sepanjang tempoh itu, dengan kesalahan keluar rumah melebihi had waktu mencatat jumlah tertinggi iaitu 383 kes.

NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

"Tidak mengamalkan penjarakan fizikal mencatat 279 kes, tidak memakai pelitup muka (173), kenderaan melebihi kapasiti (136), gagal mendaftar MySejahtera (129) dan melakukan aktiviti di tempat awam (79)," katanya dalam kenyataan semalam.

 

 

Beliau berkata, tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula mencatat 58 kes, premis beroperasi tanpa kebenaran (39), mengunjungi premis beroperasi tanpa kebenaran (22), rentas daerah tanpa premit (17) dan lain-lain kesalahan (67).

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…
Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau berkata SOP sedia ada masih digunakan, dengan Op Patuh terus dijalankan pihak…
Berita Domestik
Sementara negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor dan Sabah masih lagi…