LAOS MULA MELANGKAH KE ARAH PENGGUNAAN TENAGA BAHARU.

oleh Firdaus Razani|
LAOS kini menjadi antara negara Asia Tenggara yang mula mengalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) setelah menunjukkan peningkatan penggunaan pada 2023 dengan jumlah sebanyak 4,631 EV terjual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Populariti EV yang terdiri daripada 2,592 kereta dan 2,039 motosikal menjadi faktor peningkatan penggunaan EV yang ketara pada 2023.

Namun begitu, peningkatan penggunaan EV di negara tersebut masih tidak dapat dipadankan dengan lancar oleh infrastruktur yang diperlukan kerana negara tersebut hanya mempunyai 41 stesen pengecasan dan majoritinya berada di Vientiane Capital.

Ia sangat berbeza dengan negara jirannya, Thailand, kerana Thailand telah mempunyai sejumlah 8,702 unit pengecasan di 2,222 lokasi pengecasan setakat September 2023.

Untuk menyokong pasaran EV yang semakin berkembang, kerajaan Laos juga telah melaksanakan dasar strategik untuk memajukan agenda EV.

 

laos

 

Pada 2022, bekas Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh telah memperkenalkan dasar untuk memudahkan penjualan kenderaan elektrik dengan menghapuskan had import, dengan syarat kenderaan itu memenuhi piawaian kualiti, keselamatan.

Polisi itu juga menawarkan pengurangan sebanyak 30 peratus dalam cukai jalan tahunan bagi kenderaan elektrik dan membenarkan tempat letak kenderaan keutamaan EV di stesen pengecasan dan kawasan parkir awam yang lain.

Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Laos, dengan kerjasama sektor sumber asli dan alam sekitar, sedang giat membangunkan strategi untuk menguruskan bateri yang telah tamat tempoh.

 

laos

 

Bateri EV mesti diganti setiap tujuh hingga 10 tahun untuk kenderaan yang lebih kecil, dan tiga hingga empat tahun untuk EV yang lebih besar seperti bas atau van.

Walaupun pasaran EV Laos pada masa ini lebih kecil daripada negara jiran seperti Thailand dan Vietnam, kerajaan Laos secara proaktif memacu penggunaan EV.

Dengan memanfaatkan potensi besar negara untuk penjanaan elektrik melalui sumber boleh diperbaharui, Laos menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan EVnya kepada sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah kenderaan menjelang 2025, merangkumi kereta, bas dan motosikal.

Menurut Laos Times, Komitmen negara itu terhadap pengangkutan mampan sejajar dengan visinya untuk masa depan yang lebih hijau dan lebih cekap tenaga.

 

SUMBER : TheStar

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…