Laporan Audit Negara - NAP adalah tindakan baik, cuma perlu dasar lebih telus dan pelaksaan lebih cekap

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan Audit Negara yang baharu diterbitkan berpendapat bahawa pengenalan Polisi Automotif Nasional (NAP) adalah satu tujuan yang baik kerana ia mahu menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau.

Namun begitu komen dari Audit itu seterusnya berkata kecekapan dalam pelaksanaan dasar itu boleh dipertingkatkan bagi mengelakkan penurunan berterusan dalam jumlah pengeluaran kenderaan, termasuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penurunan pengeluaran kenderaan terus berlaku walaupun pelbagai insentif pengecualian cukai telah diberikan kepada syarikat pemasangan kenderaan tersebut dan ini akan memberikan impak kepada prestasi kutipan duti kenderaan.

Menurut Seksyen 11 Akta Eksais, pelbagai insentif pengecualian duti eksais atau duti terkorban bagi kenderaan CKD telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk objektif tertentu.

Antaranya ialah:

  • Returning Expert Programme (REP)
  • Malaysia My Second Home (MM2H)
  • Pengecualian duti eksais yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen, kedutaan, pihak Kerajaan Pengecualian dengan kelulusan khas MoF  Pengecualian duti eksais bagi kenderaan EEV

Bagi tempoh tahun 2015 sehingga 2017, sebanyak 73,250 unit kenderaan CKD telah diluluskan untuk pengecualian 100 peratus duti eksais.

Ini melibatkan duti terkorban sebanyak RM4.89 bilion.

Jadual di bawah menunjukan butiran lengkap syarikat dan jenama yang menerima pengecualian duti eksais 100 peratus dan jumlah duti terkorban yang diterima.

 

Seperti yang dilihat, jumlah duti terkorban oleh tiga jenama mewah (BMW, Mercedes-Benz dan Volvo) sahaja sudah melebihi RM3.4 bilion.

Apa yang Careta difahamkan, bilangan kenderaan yang ditunjuk pula ialah kenderaan yang menerima insentif pengecualian duti eksais 100 peratus dan bukan semua kenderaan CKD yang mendapat pengecualian 100 peratus.

Paling menarik, Perodua, syarikat automotif terbesar negara dengan jualan tertinggi setiap tahun, menerima jumlah pengecualian duti eksais paling minima iaitu sebanyak RM110,000. Menurut sumber, Perodua hanya menerima insentif pengecualian duti eksais 100 peratus untuk satu model sahaja, iaitu Axia varian paling asas.

Di bawah pula ialah jadual yang menunjukan jumlah pengecualian duti eksais mengikut jenis program.
 

 

Program Kenderaan Cekap Tenaga atau EEV  dan insentif kenderaan kerajaan (di bawah program Spanco) masih menjadi penyumbang duti terkorban tertinggi, iaitu pada RM3.862  bilion (94.3 peratus) dari jumlah keseluruhan RM4.095 bilion.

Dengan jumlah duti terkorban yang begitu tinggi, nampaknya banyak akta dan perancangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum NAP baharu boleh diumumkan.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan dari PAC memaklumkan bahawa syarikat tersebut ialah firma swasta yang dikaitkan dengan…