Projek Kereta Terbang - Duit awam RM20 juta dilaburkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan kepada syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd untuk projek "kereta terbang".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan dari PAC memaklumkan bahawa syarikat tersebut ialah firma swasta yang dikaitkan dengan projek tersebut.

Dana RM20 juta itu disalurkan kepada Aerodyne melalui VentureTech Sdn Bhd, anak syarikat kepada agensi Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Laporan itu juga berkata Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengesahkan dana itu disalurkan kepada Aerodyne pada 1 November lalu.

Sebelum itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan.

Redzuan juga memberikan kenyataan yang sama ketika sidang Dewan Rakyat tempoh hari.

Laporan itu seterusnya mencatatkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah VentureTech meluluskan pelaburan RM20 juta bagi membangunkan pusat pemprosesan data di Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan lain seperti memberi beberapa dron.

Cadangan PAC ialah agar pihak kementerian terbabit membuat kajian dan perancangan teliti sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sesuatu projek agar ia tidak memberi persepsi negatif.

* Laporan asal dari Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…