Laporan badan dunia papar markah corot Malaysia untuk usaha keselamatan jalan raya

oleh Shahrim Tamrin|
  • Pencapaian Malaysia baik sedikit dari Laos untuk penguatkuasaan keselamatan jalan raya, sebut laporan WHO

GENEVA: Malaysia berterusan mencatat markah tidak memberangsangkan dari laporan peringkat dunia agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tahap penguatkuasaan keselamatan jalan raya yang lemah seperti menguatkuasa undang-undang tali pinggang keledar dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dari laporan terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaparkan Malaysia sebagai antara negara dengan penarafan paling rendah di rantau Asia Tenggara untuk penguatkuasaan tali pinggang keledar, hanya elok sedikit dari Laos.

Malaysia telah mencatatkan empat markah daripada 10 untuk penguatkuasaan tali pinggang keledar, hanya dua mata lebih baik daripada Laos yang mendapat dua markah.

Markah kita adalah jauh merosot jika dibandingkan dengan Myanmar yang mendapat tujuh mata, Vietnam dengan enam mata, Filipina (6), Kemboja (7), Singapura (8), Indonesia (8) dan Thailand (6). 



WHO juga telah mendedahkan prestasi rendah Malaysia untuk penguatkuasaan undang-undang terhadap pemanduan di bawah pengaruh alkohol dengan catatan empat markah daripada 10. Negara kita juga mencatat markah untuk penguatkuasaan undang-undang had laju dengan enam mata d

aripada 10.

Pemarkahan untuk Malaysia dan juga 174 negara lain di seluruh dunia dapat dianlisa dari 'Laporan Status Global WHO berkaitan Keselamatan Jalan Raya 2018' yang dikeluarkan pada petang Jumaat lalu. 

Untuk makluman pembaca, Malaysia juga telah mencatatkan prestasi rendah pada tiga tahun lalu untuk tahap usaha keselamatan jalan raya di peringkat global hasil dari kajian WHO.



 

stats

 

Laporan WHO 2018 menyatakan bahawa peratusan pematuhan pemakaian tali pinggang keselamatan di Malaysia adalah 73.8% untuk penumpang kerusi hadapan dan 9.6% untuk penumpang belakang.



Apa yang menarik adalah Malaysia telah memaparkan markah yang agak baik iaitu lapan daripada 10 mata untuk penguatkuasaan terhadap undang-undang topi keledar motosikal walaupun fakta jelas menunjukkan bahawa sejak 10 tahun lalu bahawa penunggang motosikal di negara ini telah menyumbang antara 61.4% hingga 64% daripada jumlah kematian bagi semua jenis pengguna jalan raya, iaitu penunggang motosikal adalah kumpulan yang tertinggi yang gugur di jalan raya pada setiap bulan dan setiap tahun di negara kita.

Menurut laporan WHO, kadar pemakaian topi keledar di Malaysia adalah 91% untuk penunggang motosikal dan 87% untuk pembonceng.

 

 

"Salah satu statistik yang paling menyedihkan di dalam laporan ini ialah kecederaan lalulintas jalan raya telah menjadi punca utama kematian (seluruh dunia) bagi mereka yang berusia di antara lima dan 29 tahun," kata ketua pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. 



Pada tahun 2016, Malaysia telah mencatatkan:

  • 79 kematian bagi bayi sehingga anak-anak kecil berumur lima tahun,
  • 77 maut (enam hingga 10 tahun),
  • 448 kematian dicatatkan bagi kumpulan 11 hingga 15 tahun,
  • 1,161 kematian di kalangan remaja antara 16 hingga 20 tahun,
  • Seribu maut bagi kumpulan antara 21 hingga 25 tahun,
  • 657 maut bagi 26 hingga 30 tahun.



 

stat 2

 

Dr Ghebreyesus menegaskan bahawa tragedi di jalan raya adalah bukan 'kemalangan'.



"Sebenarnya, ini semua boleh dicegah sepenuhnya," katanya, sambil menambah bahawa kematian jalan raya adalah penyebab utama kematian yang kelapan di dunia untuk semua kumpulan umur mendahului HIV/AIDS, tuberkulosis dan penyakit wabak diarrea.


 

 

"Laporan ini menunjukkan bahawa masalah dari nahas jalan raya menjadi semakin buruk di peringkat global dan ia telah meningkat kepada 1.35 juta kematian setahun. Ini adalah hampir kepada 3,700 orang mati di jalan raya seluruh dunia setiap hari," ujar Dr Ghebreyesus. "Lebih puluhan juta cedera atau alami cacat anggota kekal setiap tahun, termasuk mereka yang mengalami kecederaan yang mengubah hidup mereka untuk jangka panjang,"

Agensi PBB itu juga menganggarkan 23.6 kematian telah dicatatkan untuk kadar 100,000 penduduk yang maut di jalan raya Malaysia pada tahun 2016 dan laporan itu juga menyatakan bahawa dua tahun lepas, peratus kematian mengikut jantina ialah 87% lelaki dan 13% perempuan.



Rumusan terhadap usaha Malaysia untuk penguatkuasaan peraturan jalanraya serta usaha bagi meningkatkan keselamatan jalan raya adalah bukan sesuatu yang baru di persada dunia pada tahun ini.

Bulan lalu, cucu Nelson Mandela iaitu Zoleka yang berperanan sebagai Duta Global untuk Inisiatif Kesihatan Kanak-Kanak dan Kempen Perangi Kecederaan Jalan Raya telah melahirkan kekecewaan terhadap Malaysia di atas sikap sambil lewa kerajaan dan pihak berkuasa serta mempersoalkan usaha Polis Diraja Malaysia dalam membuat penguatkuasaan untuk keselamatan jalan raya berdasarkan rekod kematian di jalan raya yang semakin meningkat di kalangan bayi, anak-anak kecil dan remaja sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Laporan 2016 dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa nahas yang melibatkan kenderaan pengangkutan adalah merupakan punca utama kematian bagi anak-anak kecil dan kanak-kanak di negara ini di antara umur 0 hingga 14 tahun.

 

 

 

WHO juga mengambil maklum mengenai ketiadaan peraturan di negara ini untuk sistem keselamatan kanak-kanak dan pencegahan untuk kanak-kanak dari berada di bahagian penumpang hadapan.
  


Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia akan hanya mula membentangkan peruntukan undang-undang sistem keselamatan untuk kanak-kanak seperti bakul keselamatan bayi, kerusi kanak-kanak dan kerusi penggalak (booster seat) pada tahun 2020. Rancangan ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dua bulan lalu.

Kisah ini ditulis menerusi sokongan dari Pusat Antarabangsa untuk Wartawan (ICFJ) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Program Pelaporan Fellowship Keselamatan 2018 dan Bloomberg Philanthropies.

**Anda boleh muat turun laporan penuh keluaran 2018 setebal 424 mukasurat dari WHO mengenai keselamatan jalan raya dunia di pautan di bawah ini.

Global Status Report on Road Safety 2018 (PDF, 7.8 MB)
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Alston sebelum ini berkata kereta terbang tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia dengan…
Berita Global
Ia akan menyebabkan kawasan pesisir pantai tenggelam dan kekerapan musim kemarau serta kemiskinan…