Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.
“Hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun media sosial tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun.
“Dia memuat turun video tersebut daripada akaun media sosial pengguna lain dan penama memuat naik semula video tersebut menggunakan akuan media sosialnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 48 (1) APJ 1987.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd. Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222,” katanya.